Thursday, 29 March 2012

on my way

assalamualaikum

lama tidak luangkan masa di alam siber
sibuk melapangkan masa melayan sesuatu yang menyerabutkan kepala
di sana mengatakan diri ini tidak wujud!
inginkan beraneka bukti yang bermacam jenis
aku cuba turutkan apa yang dia inginkan
namun hati ini hanya manusia biasa,bukan malaikat
hati ini turut punya rasa marah.

namun aku pasti kata pujangga
yang benar tetap benar jua
percayalah pada karma!!

jika dirimu tidak inginkan aku lagi,pergi la menjauh.
aku izinkan dirimu pergi
jangan bawa rinduku 
jangan bawa sayangku
jangan bawa kenanganku
kerana hanya namamu dihatiku.

Friday, 23 March 2012

tiada kata

assalamualaikum


bila agaknya kaki ini akan melangkah ke pantai kembali?
sukarnya menerima takdir diri ini sudah tidak mampu berjalan.
namun rancangan ALLAH tidak siapa yang mampu membantah.
nescaya ada rahmat di baliknya.

yang utama bagiku kini mendekatkan diri di jalan yang diredhaiNYA.
walau kasih makin menjauh,ku tetap ingat kau dalam nuraniku.
ku tetap titipkan kalam doa untuk dirimu.

tiada yang mampuku harapkan,hanya cebis kasih dari yang sudi.
kini,aku damai.walau lara hati belum mampu ku ubati namun ku percaya takdir ini.
menunggu dan terus menunggu.
bahagia kucari gema kekesalan ku hadapi.

buatmu insan yang tegar menabur fitnah,
ingatlah sekarang dirimu berjaya
berjaya menakluki sebuah kehidupan yang sementara ini
tapi padamu aku berpesan
jangan terlampau yakin dengan bukti yang kamu perolehi
semua itu mampu dibuat
ingatlah wahai kalian
doa orang yang dikhianati di angkat terus
jangan bersorak gembira tika mangsamu keluh kesah
nanti DIA bayarmu cash di dunia
aku tidak mampu mengubah cerita kalian
namun aku mampu menitipkan doa suci buat kalian agar berubah
jangan galak mencampur urusan orang
sedangkan dirimu sendiri tidak terurus
fikirlah dengan waras
bertindaklah dengan normal

ingat kebaikan orang kepada kita
jangan fikirkan kejahatan orang kepada kita

Tuesday, 20 March 2012

hati ini

assalamualaikum

Berilah ketenangan pada hatiku , wahai Tuhan .
Dan jika dia memang benar – benar bukan untukku
Maka kirimkanlah padaku
Seseorang yang dapat membantu aku melupakannya
Seseorang yang memang tercipta untukku
Dan mencintaiku apa adanya dengan segala kekuranganku
 
love note :
Bila ada yang sayang,jangan lukai hatinya,bila ada yang cinta...
Jangan kamu titiskan air matanya,bila ada yang menanti..
Pastikan kamu kembali,bila ada yang setia,lakukan yang sama..
Bila dia pergi,pergilah kejari selagi merasa dia bererti...
Kerana bila dia tiada di sisi,kamu akan sunyi dan sepi..
 

Sunday, 18 March 2012

a day to day

assalamualaikum

syukur kerana aku masih  dipinjamkan nyawa untuk terus bernafas di muka bumi ini.
sungguh sukar kehidupan kini.
namun aku yakin setiap apa yang berlaku ada hikmahnya.
melalui hari-hari dengan seribu satu keperitan.
hanya DIA yang maha mengetahui.
pasrah bukan kalah namun aku yakin ada sinar baru dihujung sana.

simple life today
pagi tadi sewaktu terjaga dari lena,
aku cuba ingin bangkit sendiri namun tidak terdaya.
saat itu baru ku sedar diri ini lumpuh.
baru ku sedar aku kini hanya mengharapkan bantuan orang.
berpijak pada bumi yang nyata.
walau perit ku gagahi jua.

buatmu fatin faiqah,
maafkan hati ini kerana masih belum mampu melupakanmu.
tiap kali sebelum mata ini terpejam.
ku harap cuma satu,moga dirimu menghiasi mimpiku.
jauh sudut hatiku,ku berharap perpisahan ini hanya mimpi.
namun itu hanya harapan palsu.
harapan dalam sedar.
maafkan aku kerana terus mengigatimu sayang.
moga dirimu terus bahagia.

love note :
" terima kasih atas doa rakan-rakan "