Monday, 27 February 2012

tabahkan hatiku

assalamualaikum

YA RAHMAN..
pinjamkan aku sedekit ketabahanMU..

aku diuji lagi,tiada siapa mampu melawan perancanganNYA
saat semua dalam keadaan perfect tiba-tiba aku dikejutkan pula dengan laporan medical check up yang agak rumit untuk diluluskan,bagai dihempap batu segala tajaanku mungkin dibekukan.tiada rezeki aku untuk hidup dibawah tajaan.kerana impian aku teruskan alam baru kehidupanku di sini dengan duit poketku sendiri.cukup atau tidak tidak mengapa.jimat cermat selagi aku terdaya.medical reportku agak teruk,makin hari kesihatan makin buruk barangkali,walaupun sudah menghadi berpuluh jam kimoterapi sebelum aku berangkat ke mari ternyata semua itu tidak mampu mengubah graf kesihatanku.

hanya doa dan usaha mampu aku lakukan tika ini.untuk teruskan sesi rawatan di sini harganya agak mengujakan,duit sangat bernilai waktu sekarang.DIA ada bersama aku.insyaALLAH.tekanan darah naik hingga 180 semalam,padah tersilap langkah strok harus aku hadapi.minta dijauhi.


love note :
"doa utasan terindah buatMU"

Saturday, 25 February 2012

selamat tinggal MALAYSIA

 

assalamualaikum

pagi yang indah!tenang namun tidak mampu menenangkan gelodak jiwaku ini,petang nanti aku akan pergi menjauh,pergi dengan sekeping hati yang menahan rasa rindu membuak-buak.
hanya beberapa jam sahaja yang tinggal untuk aku habiskan masa di bumi bertuah ini.sungguh hati ini belum pasti mampu meneruskan kehidupan di sana.pintaku moga semuanya baik-baik sahaja.

untukmu sayang,
aku mohon jutaan kemaafan kerana terpaksa meninggalkanmu sendirian.
harapanku agar kau ingat akan janji-janji dahulu.
agar kau tahu yang diri ini sentiasa mengingatimu.
setiap detik setiap ketika hanya kau yang memiliki hati ini.
jaga dirimu sebaik mungkin.
aku sayangkanmu seumur hidupku.
percayalah aku pergi kerana secebis rasa ingin menggapai apa yang dihajati.


love note :
"janggal meneruskan saki baki kehidupan tanpa yang beharga di sisi"

Wednesday, 22 February 2012

selamat berjuang!



MALAYSIA vs JEPUN
KELAYAKAN OLIMPIK LONDON ZON ASIA

-SELAMAT BERJUANG DAN SEMOGA MENCAPAI KEJAYAAN-
KEJAYAAN ANDA KEBANGGAAN KAMI

love note :
"perjuangan tanpa pengorbanan umpama membidik tanpa sasaran"

Tuesday, 21 February 2012

soal perasaan


assalamualaikum

entah kenapa rasa hati tertarik dengan kata-kata di atas,mungkin diri ini sedang alaminya atau mungkin ini sesuatu yang biasa berlaku dalam kehidupan ini.masing-masing punya jawapan tersendiri yang penting setiap yang difikirkan biarlah atas landasan yang benar.

berbalik pada kata-kata diatas,SAYA LEMAH,SAYA RAJIN,SAYA SAKIT.apa yang dimaksudkan dibaliknya??keduanya pokok pangkalnya memerlukan pengorbanan,walau apa pun yang kita lakukan mesti ada rasa sakit.

SAYA SEDIH,SAYA KECEWA,SAYA GEMBIRA,SAYA RASA TERTEKAN,SAYA RASA TENANG,meresap jauh dalam sanubariku,sedih kecewa gembira tertekan tenang saling berkait rapat,saling merestui satu sama lain.bila sedih rasa tertekan datang melawat diri,bila gembira rasa tenang merajai hati.lumrah kehidupan semua itu harus dalam diri setiap individu.tiada yang mampu melawan kuasa DIA.sebolehnya bila gembira ingatlah DIA apatah lagi bila duka melanda.

SAYA BENCI,SAYA MENYESAL,SAYA PELIK,SAYA MARAH,inilah realiti sebuah kehidupan.penuh ranjau bila tersemat marah di hati pasti rasa benci datang menerjah bila ada benci sukar untuk kita hapuskan maka mula menyesal atas apa yang berlaku itulah sikap pelik kita.konspirasi sebuah kehidupan mungkin,sukar untuk rungkaikan sesebuah kebenaran.

SAYA HILANG
resah gelisah mula mengambil tempat,mula tercari-cari hala tuju hidup ini.setelah kita terlalu leka melayan gelodak hati ini kita terlupa akan status diri sendiri.sama-sama muhasabah diri ke arah sesuatu yang lebih baik.


love note :
"kehidupan ini umpama pentas lakonan tanpa skrip tanpa pengarah,penuh dengan sandiwara dari yang realiti namun itulah yang dipanggil kehidupan,tanpa perit tanpa duka suramlah hidup ini"

derita & harapan


assalamualaikum

terik matahari masih berterusan di alma meter ini,namun aku teruskan melangkah mencari secangkir sinar dalam kehidupan ini,taktala terjaga dari lena pagi tadi usai menunaikan perkara wajib aku kejutkan si dia yang mungin masih berselimut lagi,permulaan haru yang agak suram bagiku.talian prabayarku,digi mengalami masalah gagal menghubungi sesiapa,mungkin pertambah baikan perkhidmatan,mungkin.

masih lagi dingin di luar,aku melangkah keluar memandu untuk ke destinasi harianku semenjak menetap di sini,setiap hari aku mohon agar diriku kembali seperti dulu,kembali bertenaga melakukan aktiviti harianku bukan merungut akan dugaan yang menimpa cuma sekadar meluahkan rasa hati ini malah aku bersyukur kerana sakit ini mematangkan diriku,mendewasakan diriku.

bukan mudah menjalani kehidupan harian dengan title pesakit yang memerlukan rawatan rapi tanpa sesiapa disisi,kedua ibu bapa telah lama pergi,tinggal aku sendirian menangkis segala dugaan dengan hematnya. mengharapkan kasih darah daging sendiri jauh panggang dari api,mereka dengan hidup mereka aku dengan variasi hidupku sendiri,bersendirian bersama mesin hampir 5 jam sehari bukan perkara mudah bagiku,sukarnya hanya DIA yang tahu tapi aku terpaksa jua mengorak langkahku sendiri,jatuh bangunku sendiri.bukan tiada rasa untuk diusap kepala,dibelai ketika sakit oleh keluarga sendiri namun aku tahu itu sekadar impian yang belum mampu digapaiku,entah dimana salahku disisih darah daging sendiri namun aku pasti rancangan ALLAH itu sempurna,janji ALLAH itu pasti.kini hanya mampu aku lakukan terus memandang ke depan mengharap sinar bahgia yang mungkin singgah sebelum lena panjangku sebelum ajal menjemputku.

tika ini,aku gagal menepis rasa hati ingin menangis.gagal lagi mengawal emosiku,aku rebah tersungkur entah untuk keberapa kali.jiwaku gagal mentafsirkan erti sebenar hidup ini yang ada bagiku kini hanya harapan seluas lautan agar mereka kembali menerimaku semula sebelum nyawa diambil kembali.indah sungguh kehidupan diindahi dengan gelak tawa mereka namun tidak wajar bagiku menyalahi putaran alam.hati ini terkadang remuk memikirkan sikap mereka yang makin hari makin menjauh dariku.tapi doaku tidak pernah putus agar kita kembali bersatu.bukan niat hati untuk menagih simpati anda semua ketahuilah aku hanya insan biasa yang memerlukan semangat serta sokongan.tapi andai tersurat untukku bahawa hidup dan matiku hanya sendri,sungguh aku redha namun aku pasti aku sayang kalian semua.



love note :
"air yang tenang mana mungkin tiada gelora di dasarnya,raut wajah yang ceria belum pasti hatinya seceria wajahnya"

Monday, 20 February 2012

apa sebenarnya yang dicari?

 

assalamualaikum

terjaga dari tidur,minda masih kabur tidur setelah berhempas pulas dengan cuaca yang agak panas sekarang. panas sungguh di luar sana,rumah berbekalkan kipas usang serta atap zin yang mencecah puluhan tahun ini ternyata memberikan aku rasa syukur akan nikmatNYA.jiwa muda ini yang terbiasa akan rasa nyaman tiba-tiba memberontak sebelum lena tadi.rasa panas yang amat.panas,mulutku laju mengomel tanpa sedar akan takdir DIA tanpa sedar mungkin ini ujian untukku tambahan lagi bukan aku seorang yang harus berhadapan dengan cuaca sebegini,alpa,leka,lalai sungguh diri ini.
insan seperti selalu ingin disogok dengan kemewahan hidup namun biar kali ini aku bersusah sendirian,tidak mahu selamanya hidup dipayung seseorang

*****

tersentak dari tidur terus menyeru namaMU,syukur diberi peluang untuk bernafas lagi,dalam lenaku tadi termimpikan sesuatu,sesuatu yang kerap bermain dalam ceruk mindaku akhir-akhir ini.mimpiku di panggil "seseorang" agar menghampirinya,ku turutkan perintahnya setelah berada dekat lalu aku dipesan agar jangan cepat berasa kecewa,teruskan mencari keredhaan,berusahalah membelah impian yang belum di gapai-begitulah secara ringkas apa yang diperkatakan "seseorang" tadi,usai berkata-kata tiba-tiba bayangannya hilang,namun dipenuhi kepulan asap sehingga nafasku sesak sukar untuk bernafas,dan tiba-tiba juga semuanya gelap gelita,aku meraba-raba mukaku sendiri,terasa berlendir,melekit.bau yang sangat busuk menusuk hidungku,dalam masa yang sama dadaku menjadi perit,sakit dan saat itu aku terjaga dari tidur,badan dibasahi peluh,di mataku masih terbayang akan mimpi sebentar tadi.gagal merungkai mimpi itu dengan kadar segera lantas ku call si dia ingin berkongsi mimpi dalam lena tadi namun gagal mendapat respon sebaiknya,mungkin si dia sibuk dengan aktiviti di rumah aku pendamkan saja niat di hati,padaNYA aku mengadu.apakah petanda itu semua?
sungguh aku keliru,ku tidak mampu merungkainya.

padaku mimpi itu hiasan tidur tapi entahlah jiwa memberontak ingin tahu apa disebalik mimpi tersebut.

 love note :
"mencari erti di sebalik sebuah bingkai kehidupan ini,jauh terkadang tersungkur namun dekat belum jua mampu digapai tangan ini"