assalamualaikum
cinta
berbicara soal cinta pasti pelbagai versi yang ingin dikongsikan bersama
baik direstui mahupun secara kotor
namun apa pun versi atau bentuk cinta itu ternyata CINTA kepadaNYA mengatasi segalanya!
manusia dicipta berpasangan berbalik pada kisah adam dan hawa yang melanggar perintah ALLAH kerana hasutan syaitan
begitu juga kita sebagai hamba yang kerdil ini,bercintalah selagi tidak melanggar hukum ALLAH
****
hidupku dibanyangi arwah ibu bapa ku.
saat aku masih lagi mendambakan kasih sayang kedua ibu bapa,mereka pergi jua mengadapaNYA
mereka kembali ke alam yang pasti alam yang kekal alam bazarkh
saat itu aku jatuh terduduk,mustahil bagiku tika itu untuk bangkit kembali
duniaku gelap gelita!
aku sendirian mencari arah tuju kehidupan ini segenggam master aku lemparkan begitu sahaja bagiku itu semua sudah tiada apa-apa makna bagiku
yang pasti tika itu aku kehilangan ibu dan bapa
namun saat genting itu ALLAH pinjamkan aku seseorang untuk aku mengubat luka mencari keredhaan dalam hidup ini tempatku berkongsi susah dan senang iaitu seorang insan yang bergelar WANITA
selain padaNYA tempat aku mencurahkan rasa hati ini,pada beliaulah tempat aku kongsi segalanya
saat itu ku rasakan hidup ini kembali bersinar,kembali terang
untuk keberapa kalinya aku bangkit lagi demi mengejar kembali masa-masa silam yang aku bazirkan
ternyata wanita mampu mengubah kehidupan seorang lelaki
dia mengubah aku,mengajar aku akan erti bersyukur
sungguh aku berterima kasih padaNYA kerana pinjamkan aku dia
namun
panas tidak sentiasa mengiringi aku saat mula bahagia bercambah tika sayang kasih serta rinduku hanya untuk dia saat itu juga semua itu direntap!
janji ALLAH itu pasti,semua itu hanya pinjaman
dia mungkiri segala janji yang dilemparkan untukku satu tika dulu
kini aku sendirian lagi menongkah arus hidup ini
kerana fitnah mereka kami akhirnya berpisah jua
sedih perit sakit
semua bercampur baur
mungkin aku alpa,mugkin aku lalai akan nikmat duniawi yang sementara itu
hingga saat ini aku masih mencari apa salahku selama ini namun ku yakin dugaan serta ujian ini ALLAH kirimkan kerana aku mampu mengatasinya..
love note :