Saturday, 18 February 2012

tempat berlindung

 

assalamualaikum

alhamdulillah
hampir 2 hari aku meronda sekitar pahang untuk mencari rumah sewa akhirnya pencarianku berakhir petang tadi,sebuah rumah kampung berjaya aku temui
agak suram keadaan rumah kerana hampir 2 tahun ditinggalkan tapi masih tampak kukuh pada penglihatanku namun aku bersyukur
rumah ini akan ku jadikan penginapanku buat sementara waktu sebelum aku berangkat pergi mencari serumpun ilmu,niat di hatiku untuk membelinya terus namun aku terpaksa tangguhkan hasratku atas faktor keewangan dengan kadar sewa yang berpatutan aku lantas bersetuju untuk mendiami rumah ini.

moga apa yang dicariku disini diredhaiNYA


 love note :
"bersederhanalah dalam mencari kesempurnaan hidup"