assalamualaikum
pagi yang indah!tenang namun tidak mampu menenangkan gelodak jiwaku ini,petang nanti aku akan pergi menjauh,pergi dengan sekeping hati yang menahan rasa rindu membuak-buak.
hanya beberapa jam sahaja yang tinggal untuk aku habiskan masa di bumi bertuah ini.sungguh hati ini belum pasti mampu meneruskan kehidupan di sana.pintaku moga semuanya baik-baik sahaja.
untukmu sayang,
aku mohon jutaan kemaafan kerana terpaksa meninggalkanmu sendirian.
harapanku agar kau ingat akan janji-janji dahulu.
agar kau tahu yang diri ini sentiasa mengingatimu.
setiap detik setiap ketika hanya kau yang memiliki hati ini.
jaga dirimu sebaik mungkin.
aku sayangkanmu seumur hidupku.
percayalah aku pergi kerana secebis rasa ingin menggapai apa yang dihajati.
love note :
"janggal meneruskan saki baki kehidupan tanpa yang beharga di sisi"