Saturday, 18 February 2012

never give up

 

assalamualaikum

pernah waktu aku terjatuh menyembah bumi,aku menyalahi takdir yang tersurat untukku
bagiku waktu itu dunia tidak adil,dunia cukup zalim kerana menghadiahi aku berguni-guni masalah
namun baruku tersedar bahawa ALLAH itu tidak akan menguji seseorang hambaNYA melebihi had upanya hambaNYA..
malu diriku padaMU YA RABBI

 Allah berjanji bahawa hanya hamba-Nya yang istiqamah dan berjiwa teguh serta yakin dengan  Qadar serta Qadha' Allah SWT sahaja  yang mampu bersabar, dalam mengharungi suka duka kehidupan..

ku jadikan cacian serta makian mereka sebagai pendorong semangat untuk aku kembali berada di jalan yang diredhai
aku cuma manusia biasa,pernah terpesong jauh dari jalan yang benar
waktu itu tiada lain dalam mindaku melainkan hiburan semata-mata
bagiku hiburan raja kehidupan
hidup bergelumang dengan najis dosa aku alpa sendiri dengan nikmat duniawi
satu persatu bala ALLAH turunkan padaku agar aku sedar akan khilafku
padaku saat itu menyesal sudah tidak berguna lagi
nasi menjadi bubur
namun dorongan serta teguran para pensyarah,rakan-rakan mengembalikan semangatku
kalah sebelum berjuang umpama kenyang tanpa makan

****

waktu itu umurku baru mencecah 20-an,hidup di rantauan tanpa pemerhatian sesiapa bagiku ternyata seronok,aku bebas,bebas melakukan apa sahaja tanpa risau akan dimarahi
jika pelajar lain waktu hujung minggu dihabiskan dengan menelaah pelajaran,meneliti semua perkara yang di ajar pensyarah pada hari-hari sebelumnya agar diri tenang menghadapi test serta quiz
namun berbeza dengan aku
hujung mingguku di isi dengan aktiviti club,menari sana-sini
dari pagi sampai larut malam
bersosial
rutin hidupku berubah mendadak,pelajaran ku sepak ke tepi
yang utama bagiku waktu itu ialah enjoy
hidup cuma sekali
ALLAH itu maha mengetahui segalanya
ekoran sikapku itu aku gagal skor untuk beberapa subjek penting dalam bidang ini
sekali lagi aku meraba-raba kesilapan diri sendiri
hidupku waktu itu umpama time senang lupakan ALLAH time susah beru terhegeh mengadu padaNYA

 "Ingatlah kepadaKu dengan mentaatiku, Aku akan ingat kepadamu dengan pengampunan-Ku. Barang siapa ingat kepada-Ku seraya ia berta'at, maka patutlah Aku ingat kepadanya dengan pengampunan-Ku, dan barangsiapa ingat kepada-Ku seraya ia bermaksiat, maka patutlah Aku ingat kepada-Nya dengan kebencian"

mula saat itu aku nekad,nekad untuk berubah demi kehidupan aku untuk masa mendatang
agak lewat aku sedar akan khilafku tika itu,aku sudah di semester akhir semester pembunuh bagi pelajar kejuruteraan,namun aku sedar semua itu sudah tak berguna hendak disesalkan bagiku saat itu aku mesti bangkit semula menebus kembali semester sebelum ini yang aku bazirkan bayangkan betapa seksa aku saat itu terpaksa ketch up hampir 70 peratus keseluruhan subjek,mengejar gred yang ditetapkan rektor belum masuk bab penajaan lagi risau terpaksa membayar balik ganti rugi yang cecah jutaan ringgit,aku berusaha setakat yang aku mampu,siang malam tiada lagi club tiada lagi sosial fokusku hanya pada buku setebal-tebal alam itu.
ternyata usaha aku tampak positif,menjelang final exam aku berjaya siapkan jua projek yang tertangguh bersem-sem sebelum ini,peritnya hanya DIA yang mengetahui namun aku sedar semua itu bermula dari khilafku sendiri,ALLAH masih sayangkan aku,DIA tunjukkan aku jalan keluar tunjukkan aku jalan yang diredhaiNYA.
aku mencuba melupakan segala dosa silamku
aku yakin ALLAH itu maha pengampun
hampir 6 tahun aku berkelana mencari ilmu di bumi asing
peperiksaan akhirku berjaya aku tempuhi dengan nafas yang tenang
moga segalnya dipermudahkan olehNYA..

love note : 
"Let your dreams be bigger than your fears and your actions be louder than your words"