Thursday, 29 March 2012

on my way

assalamualaikum

lama tidak luangkan masa di alam siber
sibuk melapangkan masa melayan sesuatu yang menyerabutkan kepala
di sana mengatakan diri ini tidak wujud!
inginkan beraneka bukti yang bermacam jenis
aku cuba turutkan apa yang dia inginkan
namun hati ini hanya manusia biasa,bukan malaikat
hati ini turut punya rasa marah.

namun aku pasti kata pujangga
yang benar tetap benar jua
percayalah pada karma!!

jika dirimu tidak inginkan aku lagi,pergi la menjauh.
aku izinkan dirimu pergi
jangan bawa rinduku 
jangan bawa sayangku
jangan bawa kenanganku
kerana hanya namamu dihatiku.

Friday, 23 March 2012

tiada kata

assalamualaikum


bila agaknya kaki ini akan melangkah ke pantai kembali?
sukarnya menerima takdir diri ini sudah tidak mampu berjalan.
namun rancangan ALLAH tidak siapa yang mampu membantah.
nescaya ada rahmat di baliknya.

yang utama bagiku kini mendekatkan diri di jalan yang diredhaiNYA.
walau kasih makin menjauh,ku tetap ingat kau dalam nuraniku.
ku tetap titipkan kalam doa untuk dirimu.

tiada yang mampuku harapkan,hanya cebis kasih dari yang sudi.
kini,aku damai.walau lara hati belum mampu ku ubati namun ku percaya takdir ini.
menunggu dan terus menunggu.
bahagia kucari gema kekesalan ku hadapi.

buatmu insan yang tegar menabur fitnah,
ingatlah sekarang dirimu berjaya
berjaya menakluki sebuah kehidupan yang sementara ini
tapi padamu aku berpesan
jangan terlampau yakin dengan bukti yang kamu perolehi
semua itu mampu dibuat
ingatlah wahai kalian
doa orang yang dikhianati di angkat terus
jangan bersorak gembira tika mangsamu keluh kesah
nanti DIA bayarmu cash di dunia
aku tidak mampu mengubah cerita kalian
namun aku mampu menitipkan doa suci buat kalian agar berubah
jangan galak mencampur urusan orang
sedangkan dirimu sendiri tidak terurus
fikirlah dengan waras
bertindaklah dengan normal

ingat kebaikan orang kepada kita
jangan fikirkan kejahatan orang kepada kita

Tuesday, 20 March 2012

hati ini

assalamualaikum

Berilah ketenangan pada hatiku , wahai Tuhan .
Dan jika dia memang benar – benar bukan untukku
Maka kirimkanlah padaku
Seseorang yang dapat membantu aku melupakannya
Seseorang yang memang tercipta untukku
Dan mencintaiku apa adanya dengan segala kekuranganku
 
love note :
Bila ada yang sayang,jangan lukai hatinya,bila ada yang cinta...
Jangan kamu titiskan air matanya,bila ada yang menanti..
Pastikan kamu kembali,bila ada yang setia,lakukan yang sama..
Bila dia pergi,pergilah kejari selagi merasa dia bererti...
Kerana bila dia tiada di sisi,kamu akan sunyi dan sepi..
 

Sunday, 18 March 2012

a day to day

assalamualaikum

syukur kerana aku masih  dipinjamkan nyawa untuk terus bernafas di muka bumi ini.
sungguh sukar kehidupan kini.
namun aku yakin setiap apa yang berlaku ada hikmahnya.
melalui hari-hari dengan seribu satu keperitan.
hanya DIA yang maha mengetahui.
pasrah bukan kalah namun aku yakin ada sinar baru dihujung sana.

simple life today
pagi tadi sewaktu terjaga dari lena,
aku cuba ingin bangkit sendiri namun tidak terdaya.
saat itu baru ku sedar diri ini lumpuh.
baru ku sedar aku kini hanya mengharapkan bantuan orang.
berpijak pada bumi yang nyata.
walau perit ku gagahi jua.

buatmu fatin faiqah,
maafkan hati ini kerana masih belum mampu melupakanmu.
tiap kali sebelum mata ini terpejam.
ku harap cuma satu,moga dirimu menghiasi mimpiku.
jauh sudut hatiku,ku berharap perpisahan ini hanya mimpi.
namun itu hanya harapan palsu.
harapan dalam sedar.
maafkan aku kerana terus mengigatimu sayang.
moga dirimu terus bahagia.

love note :
" terima kasih atas doa rakan-rakan "
 
assalamualaikum

agak lama menyepikan diri.
hilang kasih hilang segalanya.
kini aku sendiri bersama langkah baru menerokai kehidupan ini.
walau perit aku ku usaha menempuhinya.
panas tidak sentiasa mengiringi kita.
ku selitkan seribu satu kenangan bersamamu jauh di sudut hati ini.
ku doakan dirimu sentiasa bahagia bersama kasih baru.
terima kasih atas pengalaman indah ini.
true of my heart,ku maafkan segala khilafmu selama ini.
ku harap kau temui bahagiamu disana.
buat rakan-rakanmu yang berjaya menakluki amuk hatiku,aku ucapkan tahniah 
tahniah kerana berjaya menghancurkan sebuah kebahagian,
walau cuma seketika,yakinlah aku bahagia bersamamu.
buatmu jua,
ku harap dirimu mampu berfikir secara waras akalmu.
tergamakkah seorang sahabat melayanmu sedemikian rupa?
tergamakkah seorang sahabat yang mahu menipu sahabat sendiri bermain dengan api di sekitarnya.
penipu itu pandai.
tidak mungkin mahu sentiasa bersama jika ingin membohongimu!
jika kau silap menilai mana kaca mana permata
dongaklah ke atas sana.
fikirkan apa yang pernah terjadi antara kita.
fikirkan apa yang telah terjadi antara kita.
ingatlah kembali segala yang berlaku.
kaitkan kembali segalanya.

aku tidak mampu mengubah kehendakmu.
jika sampai sini kenangan kita.
yakinlah aku tiada dendam buatmu.
moga dirimu sentiasa bahagia.
cukuplah menyeksa orang yang tidak berdosa.
bukti yang kamu kaitkan itu tidak mampu menampung dosa memfitnah itu.
semuanya tidak mustahil!

izinkan selamanya namamu dihati
fatin faiqah tajul arifin
with love 24 september 2011 until today.
bye love bye sweet.
try harder to accept it.

Monday, 12 March 2012

kian lama sunyi

assalamualaikum..

kian lama sunyi dari alam ini..kini aku kembali,kembali menghamburkan segala apa yang dipendamkan selama ini.sungguh aku lemah,terduduk.kini diri ini kesepian lagi.sepi menggamit segala kenangan lampau.hanya padaMU aku bersujud,memohon keampunan dariMU.aku hanya insan yang lemah.

tiada niat terlintas untuk salahkan takdir.aku pasrah dengan takdirMU ini.pintaku agar masih ada cebis sayang untuk diriku ini.sungguh aku rindukan belaian seorang ibu.seorang bapa.namun ini takdirku.kini aku ibarat mengemis kasih sayang.tiada apa yang mampu dijulang lagi.

sukar untukku berkongsi segalanya.aku pasti satu hari aku luahkan jua di sini.buatmu tersayang,seribu kemaafanku pohon atas segala perilaku yang buruk dariku.pintaku agar dirimu tidak lupakan secebis doa untuk aku agar pulih seperti kala.andai takdir memisahkan kita,aku redha namun aku harap tiada benci untukku darimu.dari sudut hati ini aku doakan segala kesejahteraanMU.moga dirimu sentiasa dalam rahmatMU.

 


buatmu fatin faiqah,

tika aku coretkan coretan ini,sungguh tiada yang mampu aku luahkan,hanya rasa hati ini aku simpan kemas dalam kotak hati ini.walau dirimu jauh dari pandanganku.kau tetap dalam ingatanku.maafkan aku kerana tidak mampu menyempurnakan hidupmu.tapi aku harap kau tahu yang dirimu cukup melengkapkan hidupku.

moga dirimu sentiasa dalam senyuman selalu.tabahkan hatimu,kuatkan jiwamu.moga harimu sentiasa ceria.

love and kiss
fakhri adam