assalamualaikum..
kian lama sunyi dari alam ini..kini aku kembali,kembali menghamburkan segala apa yang dipendamkan selama ini.sungguh aku lemah,terduduk.kini diri ini kesepian lagi.sepi menggamit segala kenangan lampau.hanya padaMU aku bersujud,memohon keampunan dariMU.aku hanya insan yang lemah.
tiada niat terlintas untuk salahkan takdir.aku pasrah dengan takdirMU ini.pintaku agar masih ada cebis sayang untuk diriku ini.sungguh aku rindukan belaian seorang ibu.seorang bapa.namun ini takdirku.kini aku ibarat mengemis kasih sayang.tiada apa yang mampu dijulang lagi.
sukar untukku berkongsi segalanya.aku pasti satu hari aku luahkan jua di sini.buatmu tersayang,seribu kemaafanku pohon atas segala perilaku yang buruk dariku.pintaku agar dirimu tidak lupakan secebis doa untuk aku agar pulih seperti kala.andai takdir memisahkan kita,aku redha namun aku harap tiada benci untukku darimu.dari sudut hati ini aku doakan segala kesejahteraanMU.moga dirimu sentiasa dalam rahmatMU.
buatmu fatin faiqah,
tika aku coretkan coretan ini,sungguh tiada yang mampu aku luahkan,hanya rasa hati ini aku simpan kemas dalam kotak hati ini.walau dirimu jauh dari pandanganku.kau tetap dalam ingatanku.maafkan aku kerana tidak mampu menyempurnakan hidupmu.tapi aku harap kau tahu yang dirimu cukup melengkapkan hidupku.
moga dirimu sentiasa dalam senyuman selalu.tabahkan hatimu,kuatkan jiwamu.moga harimu sentiasa ceria.
love and kiss
fakhri adam